About

PRINTING BOX merupakan sebuah syarikat percetakan,periklanan dan cenderamata yang beroperasi pada tahun 2011 dan secara rasminya ditubuhkan awal tahun 2013.

Pada asasnya syarikat kami menyediakan perkhidmatan percetakan dan pembekalan alat tulis,alatan pejabat serta pakaian seragam sekolah dan pejabat.
Perkhidmatan yang disediakan mendapat sambutan dari pelbagai pihak khususnya jabatan-jabatan kerajaan,agensi swasta dan orang perseorangan.Diatas sambutan yang memberangsangkan ianya secara terus berkembang kepada perkhidmatan pengiklanan media bercetak.
Kami juga menyediakan perkhidmatan menyediakan pelbagai kelengkapan khas korporat bagi sesebuah organisasi bergantung kepada permintaan organisasi atau pihak pelanggan.Idea dan rekabentuk grafik.
Oleh yang demikian,perkhidmatan syarikat membantu dalam periklanan dan publisiti sesebuah produk,acara dan pelbagai maklumat serta memenuhi keperluan-keperluan yang berkaitan.